Tadi, Menteri Kewayangan kata bahawa dia tidak faham mengapa pusat timbang tara (arbitration center) untuk perjanjian antara Malaysia dengan China projek Belt and Road (BRI) adalah di Sweden.
Dia kata negara Sweden hanya terkenal kerana kereta Volvo dan kumpulan pop Abba sahaja!
Dia panggil media untuk tanya Najib mengapa di Sweden.
Guan Eng ini amat memalukan!
Sweden adalah antara pusat timbang tara antarabangsa paling terkenal dalam dunia.
Pusat Arbitration Institute of the Stockholm Chamber of Commerce ini juga adalah antara pusat timbang tara yang paling lama sejarahnya.
Guan Eng, tolonglah baca ini kalau tidak faham: https://en.m.wikipedia.org/wiki/International_arbitration
Ataupun ini: https://sccinstitute.com/about-the-scc/
Pusat timbang tara antarabangsa terkenal di dunia bukan banyak.
Antaranya di Amerika Syarikat (dua pusat), Singapura, London, Perancis, Brazil dan Sweden sahaja.
Oleh kerana ini projek BRI antara negara China dengan Malaysia, sudah tentu tidak sesuai untuk memilih Singapura, Amerika Syarikat atau Hong Kong (yang juga China).
Tinggal London, Perancis, Brazil dan Sweden sahaja untuk dipilih.
Maka China dan Malaysia setuju untuk memilih Sweden kerana reputasi pusat timbang tara mereka adalah tinggi.
Walaupun di Sweden, prosiding timbang tara antarabangsa menggunakan Bahasa Inggeris juga.
Sangat memalukan jika menteri kewangan negara kita tidak pernah tahu tentang pusat timbang tara antarabangsa Stockholm ini di Sweden.
Yang dia tahu hanya Volvo dan lagu “Dancing Queen” dari Abba sahaja.