Resepi untuk hari ini adalah batang lambuk @ kemumu masak lemak bersama ikan sardin.
Batang lambuk seakan keladi tetapi apabila disiang tekstur dalamannya berlubang macam span. Saling tak tumpah macam pelepah pisang. Boleh juga dibuat ulam.
Bahan-bahanmya:
1 atau 2 batang lambuk saiz besar – disiat kulit luarnya & potong kecil & rendam dalam air.
1 tin besar ikan sardin/mackerel
2 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disiat2
1 keping asam gelugur
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat:
10 – 20 biji cili padi (ikut kepedasan yang disukai)
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Cara Memasak:
1. Panaskan santan bersama bahan-bahan yang ditumbuk, serai, asam gelugur sambil dikacau-kacau sentiasa supaya tak membuak.
2. Masukkan daun kunyit & batang lambuk dan biarkan mendidih dengan api sederhana.
3. Masukkan isi sardin serta sosnya sekali dan kacau rata. (boleh juga dipecah-pecahkan sardin sikit isi sardin supaya hancur untuk memekatkan kuah bagi kuah)
4. Masak hingga agak-agak pekat.
5. Masukkan garam secukup rasa.
5. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!