Kerajaan BN dahulu sedar akan rungutan serta kepayahan penjawat awam yang mahu memiliki rumah sendiri dengan ruang selesa pada harga mampu milik.
Kita juga faham bahawa gaji penjawat awam masih lebih rendah berbanding gaji sektor swasta.
Saya lihat ramai penjawat awam ketika itu memilih untuk duduk dalam kuarters kerajaan ataupun menyewa tempat kediaman mereka sehingga mereka bersara.
Ini kerana harga rumah yang melangkaui kemampuan mereka.
Kuarters yang didiami bukan milik mereka tetapi milik kerajaan manakala rumah sewa diduduki bukan kepunyaan mereka.
Pendapat saya ialah ianya lebih baik jika kita menggalak dan memberi peluang untuk penjawat awam memiliki kediaman sendiri.
Masa tiba mereka bersara, mereka pun ada sedikit harta di mana nilai aset boleh naik selain menerima pencen mereka.
Rumah itu nanti boleh dijadikan harta pusaka untuk anak-anak mereka.
Sebab itu pada 2013, saya lancarkan inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khusus untuk penjawat awam memiliki rumah dengan harga 20% hingga 30% di bawah harga pasaran.
Ekoran itu, berpuluh ribu keluarga penjawat awam telah atau sedang mendapat manfaat dari inisiatif ini. Ramai yang gembira dapat memiliki rumah sendiri.
Merekalah kroni saya. Mampu memiliki rumah sendiri atau harta sendiri.
Tetapi kerajaan PH tidak berfikir seperti itu.
Mereka telah umumkan bahawa inisiatif dan projek-projek PPA1M akan dihentikan serta-merta.
Tidak lagi ada projek-projek perumahan yang khusus untuk penjawat awam.
Inilah dia kononnya mahu membela nasib penjawat awam.
Mungkin mereka lebih suka penjawat awam merempat merata.