KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menjual 407,502 tiket menjelang Aidilfitri minggu hadapan.
Syarikat pengangkutan itu menyediakan sejumlah 564,740 tiket kepada penumpang bagi perjalanan di antara 1 Mei dan 16 Jun.
Tiket bagi laluan Kuala Lumpur dan Padang Besar menerima permintaan paling tinggi dan tambahan perkhidmatan disediakan berikutan permintaan yang tinggi.
Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan waktu puncak (24 sehingga 30 Mei) masih berbaki sebanyak 11,137 manakala perkhidmatan KTM Antara Bandar (KTM Intercity) sebanyak 12,415 masih dijual.
Bagi tarikh perjalanan waktu paling puncak (31 Mei sehingga 9 Jun), tiket ETS dan KTM Intercity masing-masing berbaki sebanyak 14,809 dan 10,973 tiket.