Satu lagi propaganda utama yang sering dimainkan oleh PH adalah isu pembelian kapal selam Scorpene dari negara Perancis.
Perjanjian pembelian 2 kapal selam utama dan 1 kapal selam latihan ini dimuktamadkan pada tahun 2002.
Pada masa itu, saya adalah Menteri Pertahanan dan PM ke-4 yang juga adalah Menteri Kewangan ialah individu yang meluluskan pembelian itu.
Bagaimanapun, pada tahun 2017, PM ke-4 kata dia tak tahu mengenai pembelian Scorpene bernilai USD1.3 bilion ini dan bukan dia yang meluluskan pada tahun 2002.
“Saya memang tak nak beli kerana kita tak boleh guna. “Kapal selam itu kita tak boleh guna di Selat Melaka. Dan kita tidak ada duit, kosnya tinggi.”
“Tetapi tiba-tiba setelah saya bersara (pada akhir tahun 2003), saya dapat tahu menteri pertahanan sudah buat pesanan untuk mendapatkan dua buah Scorpene,” kata PM ke-4.
Video penafian PM ke-4: https://youtu.be/PK-eVIH7mHEhttps://www.malaysiakini.com/news/11663
Sebenarnya, pembelian kapal selam ini adalah hasil perbincangan terus antara PM ke-4 dengan pemimpin Perancis yang bermula pada tahun 1998.
Dalam buku PM ke-4 sendiri yang bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, pemimpin Perancis dan Mahathir bertukar-tukar empat pucuk surat.
Kandungan surat itu menyatakan bahawa MAS akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapat dua kapal selam buatan Perancis iaitu jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009.
“Dua kapal selam itu akan diletakkan di pangkalan di Sepanggar di Sabah apabila ia sudah beroperasi nanti,” kata surat PM ke-4 itu.
DAP banyak memainkan propaganda ini untuk menipu, menghasut dan menanamkan kebencian terhadap saya.
Sehingga hari ini, ramai penyokong DAP yang masih percaya penipuan mereka bahawa kerajaan BN membeli kapal selam yang tidak dapat menyelam.
Sebenarnya pada tahun 2011, Guan Eng telah berselam dan naik bersama kapal selam itu.
Jelas kelihatan masa itu, dia banyak syiok.
Jika ianya benar bahawa kapal selam itu tak boleh selam dan tak boleh selamat timbul semula maka tidak wujud lagi Menteri Kewayangan hari ini.
Bagaimanapun, SPRM di bawah kerajaan PH telah membuka semula kes pembelian Scorpene pada bulan November tahun lepas iaitu 8 bulah dahulu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/499832/sprm-buka-semula-kes-pembelian-scorpene
Facebook Najib Razak
Berkaitan:
Daim Zainuddin Dan Mokhzani Mahathir Yang Mencadangkan Pembelian Kapal Selam
https://pakdin.my/daim-zainuddin-dan-mokhzani-mahathir-yang-mencadangkan-pembelian-kapal-selam/