Penunggang motosikal yang dipenjara 12 bulan kerana memecahkan cermin sebuah kereta dengan topi keledar pada 28 Mei dibebaskan sementara.
Ia susulan Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Danial Tan Abdullah,31, pada Jumaat lalu, lapor Sinar Harian.
Namun, mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dan memerintahkan lelaki yang dikenali ‘abang botak’ melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis terdekat.
Semakan akhbar itu juga mendapati pembantu stor kilang itu juga memfailkan semakan hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.
Video pembantu stor kilang memecahkan cermin depan kereta Produa Axia milik Siew Chean Voon di Seksyen 12, Taman Bukit Serdang tular sebelum diberkas polis pada 30 Mei.
Berita sebelum:
Peguam wanita, Suzana Nurlihan Ujen nak bantu abang botak
https://pakdin.my/peguam-wanita-suzana-nurlihan-ujen-nak-bantu-abang-botak/