Lim Guan Eng kata kalau Sarawak tak ubah kerajaan, negeri itu akan jadi macam Kelantan. Kerajaan Kelantan tak pandai jaga negeri sampai kena pinjam RM20 juta daripada Pusat untuk bayar gaji kakitangan [1]
Pertama sekali bodo, RM22.5 juta (bukan RM20 juta) tersebut bukan pinjaman. Ia adalah Pendahuluan Boleh Dituntut (PBD) yang dibuat oleh kerajaan negeri sebab Pusat masih gagal jelaskan RM227 juta premium tanah untuk IPG dan Felda pada tahun lepas. Kau tak ajar anak jangan menipu ke kecik2 dulu Kit Siang? Bapak pesen apa kau ni.
Kedua, mari kita banding pengurusan kewangan Kelantan dan Pulau Pinang.
Bagi tempoh 5 tahun terakhir (2014 – 2018), belanjawan Kelantan merekodkan defisit terkumpul sebanyak RM210.5 juta. Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding Pulau Pinang yang mencatatkan jumlah defisit terkumpul RM2.54 bilion dalam tempoh sama.
Dan sekiranya kita mengambilkira anggaran royalti minyak sebanyak kira-kira RM800 juta, belanjawan keseluruhan Kelantan sebenarnya mencatatkan surplus (lebihan) sebanyak RM589.5 juta bagi tempoh 5 tahun terakhir.
Buat pertama kali dalam sejarah juga, negeri ini telah berjaya mengutip hasil yang lebih besar daripada Pulau Pinang pada tahun 2018 walaupun dalam keadaan infrastruktur yang jauh lebih mundur. Kelantan mencatatkan hasil negeri sebanyak RM696.9 juta berbanding hanya RM503 juta yang diperoleh oleh Pulau Pinang.
Ini tak ramai orang perasan.
Dari segi tadbir urus, 12 jabatan dan agensi negeri telah mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada Jabatan Audit Negara. Pejabat MB dan SUK Kelantan mendapat markah 99% dan berada di kedudukan teratas pada tahun 2016
Hanya 7 jabatan/agensi negeri Pulau Pinang yang mendapat pengiktirafan sama pada tahun tersebut
Hubungan baik dan polisi kerajaan pusat dahulu yang berbeza dengan zaman PM ke 4 telah membolehkan kerajaan Kelantan mendapat lebuhraya pertama dan pembangunan besar di Tok Bali. Semua ini telah menyebabkan kadar kemiskinan tegar turun daripada 0.9% pada 2014 kepada 0.4% pada 2016.
Jadi siapa kata lebai tak reti buat duit? Kau tu je tongong main cakap ikut sedap tekak.
#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation
—–
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Sumber:
[1] https://www.malaysia-today.net/2019/06/22/sarawak-could-go-bankrupt-in-3-years-under-gps-says-guan-eng/