Temu rapat memang lah dia tak nak datang, cuba buat temu ‘sumbat’
PORT DICKSON – Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjangkakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan hadir pada hari kedua Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, malam tadi.
Presiden PKR itu berkata, kedua-dua pihak sudah membuat kenyataan yang baik berhubung isu penularan video intim yang mengaitkan Azmin dengan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Malah, ia sudah boleh dianggap selesai apabila Azmin sudah menerima kenyataan Anwar yang menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai siasatan terhadap video yang dikaitkan dengan Azmin.
“Memang dah dijangka Azmin tak datang?” tanya wartawan selepas Anwar hadir di hari kedua Temu Rapat MPP.
Dengan jelas, Anwar menjawab: “Memang dah jangka (sambil ketawa). Kami (sudah buat) kenyataan baik, pun nak (lihat) gaduh. Apa bendalah,” jawab Anwar.
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Hamid Bador berkata, proses pengecaman wajah ke atas video lucah itu yang dibuat CyberSecurity Malaysia adalah negatif, walaupun kebarangkalian ketulenan video lucah terbabit adalah tinggi.
Temu Rapat MPP PKR hari ini menyaksikan ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR itu yang jelas menjadi tanda tanya hampir 30 wartawan dan pengamal media.
Turut tidak kelihatan, beberapa Naib Presiden PKR, iaitu Zuraida Kamaruddin dan Ali Biju yang boleh dianggap berada dalam ‘Kem Azmin’.
Pergeseran antara dua pemimpin tertinggi PKR itu memuncak apabila Anwar menyatakan bahawa Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya klip video seks yang dikaitkan dengannya tulen.
https://pakdin.my/tag/bersemburit