Provocation is not an excuse!
Menurut undang-undang, yang menjadi ‘excuse’ adalah ‘grave and sudden provocation’. Provokasi itu mesti bersifat ancaman kepada nyawa kita, nyawa orang yang penting untuk kita lindungi atau harta benda kita. Provokasi itu juga mesti terbit secara serta-merta dan memuncak pada saat itu, di mana tidak ada:
a) tempoh waktu atau peristiwa yang menyelangi di antara provokasi dan tindak balas;
b) tidak ada ruang waktu atau peluang untuk kita hindari, tinggalkan atau membebaskan diri daripada provokasi tersebut.
Melanggar seorang mangsa yang berada di luar kereta, sedangkan suspek berada di tempat duduk pemandu, IS NOT A SITUATION OF GRAVE AND SUDDEN PROVOCATION! Suspek berpeluang untuk meninggalkan situasi provokatif tersebut. Apatah lagi, dalam situasi di mana suspek sendiri mengambil bahagian di dalam provokasi yang berlaku.
JUST DRIVE AWAY AND GO TO THE NEAREST POLICE STATION
Saya menghidu bau suatu PEMBUNUHAN yang disengajakan…