Minggu lepas, PM ke-7 mengadu bahawa kerja dia adalah 3 kali lebih mencabar berbanding masa dia PM ke-4.
Ok. Saya nak membuat sedikit perbandingan.
Apabila saya mula jadi PM pada bulan April 2009, ini adalah keadaan negara masa itu:
– Malaysia sedang dilanda krisis ekonomi dunia paling teruk sejak tahun 1930an.
– kadar inflasi tahun 2008 sebelum itu adalah 5.5%
– KDNK negera turun 0.2% pada suku ke-4 tahun 2008 dan menguncup 6.2% pada suku pertama tahun 2009 – satu kejatuhan yang amat seram.
– defisit kerajaan telah naik dari 3.2% tahun 2007 kepada 4.6% untuk tahun 2008.
– semua sektor ekonomi sedang mengalami ancaman.
– eksport negara jatuh 23% pada suku pertama tahun 2009.
– nilai pelaburan jatuh hampir 90% pada tempoh yang sama.
– Hutang negara pada akhir tahun 2008 sudah RM306 bilion, iaitu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding RM23 bilion semasa dia mula menjadi PM ke-4.
– Harga minyak dunia sudah jatuh dari US$140 ke US$35 satu tong.
– Negara juga dibebankan dengan perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) yang berat sebelah dan menyebabkan kerajaan tanggung kerugian sebanyak RM30 bilion setahun.
– Kita dibebankan oleh perjanjian lebuhraya berat sebelah yang memerlukan kerajaan membayar pampasan besar setiap tahun terutama kepada syarikat PLUS.
– indeks pasaran saham cuma 800 mata.
Masa itu saya tidak pernah menyalahkan sesiapa ataupun mengadu.
Kita buat kerja sahaja dan melancarkan Pelan Transformasi Negara.
Tak sampai setahun, kami berjaya menyelamatkan ekonomi kita dan KDNK negara tahun 2010 naik 7.4%.
Ini jauh berbeza berbanding keadaan negara sebelum PRU14 dan sebelum PM ke-7 mula memerintah:
– Tidak ada sebarang krisis ekonomi dunia.
– KDNK negara untuk tahun 2017 naik 5.9%, bukan turun 6.2% sebelum saya mula jadi PM.
– unjuran ekonomi Malaysia oleh IMF dan Bank Dunia juga dinaikkan 4 kali sebelum PRU14.
– ekspot negara naik 18.9% pada tahun 2017, bukan turun 23%.
– defisit kerajaan turun 8 tahun berturut-turut dan hanya 3% pada tahun 2017 walaupun bantuan kepada rakyat semakin meningkat tiap-tiap tahun.
– Nisbah hutang negara cuma 50.1% pada akhir tahun 2017. Nilai hutang juga RM686.,8 bilion. Kini sudah naik ke RM810 bilion di bawah PH.
– Indeks pasaran saham mencatat 1,896 mata sebelum PRU14, iaitu paling tinggi dalam sejarah.
– Harga minyak dunia telah memulih ke tahap US$70 sebelum PRU14 manakala rizab tunai Petronas setinggi RM170 bilion.
– Beban perjanjian IPP berat sebelah telah diselesaikan.
– Perjanjian lebuhraya tol PLUS berat sebelah juga telah diselesaikan apabila kita membeli dengan sepenuhnya pada tahun 2010.
Jika nak banding, ianya jelas bahawa masa saya mula jadi PM adalah jauh lebih mencabarkan berbanding keadaan negara yang kerajaan BN mewariskan kepada PH.
Kita mewariskan sebuah ekonomi dalam keadaan baik.
Apa yang berkalu selepas itu adalah tanggugjawab PH, terutama sekali Menteri Kewayangan tak bertauliah dan Menteri Ekonomi yang wajahnya gagal dikenal pasti dalam sebarang rakaman CCTV.
Rujukan:
Sampai 10 tahun? Fakta menunjukkan Najib pulihkan ekonomi dalam masa setahun
https://pakdin.my/sampai-10-tahun-fakta-menunjukkan-najib-pulihkan-ekonomi-dalam-masa-setahun/
Hutang Negara: Najib selamatkan ekonomi negara dari ‘The Great Global Recession ’2007 – Kalaul tidak ahli perniagaan chauvinist cina DAP dan kroni mahathir ramai gulung tikar
https://pakdin.my/hutang-negara-najib-selamatkan-ekonomi-negara-dari-the-great-global-recession2017-kalau-tidak-ahli-perniagaan-chauvinist-cina-dap-dan-kroni-mahathir-ramai-gulung-tikar/