Letupan kuat di pusat membeli-belah, Empire Shopping Gallery, di Subang, dipercayai berlaku akibat letupan gas dari bawah tanah bangunan itu.
Ketika kejadian 3:40 pagi tadi, 4 cedera.
2 daripadanya orang awam manakala 2 lagi, pengawal keselamatan.
Akibat letupan, bangunan berkenaan, telah dikosongkan.
Manakala pengunjung hotel Empire yang terletak bersebelahan, turut diminta meninggalkan bangunan itu.
Keseluruhan bahagian bawah bangunan, yang menempatkan deretan kedai, berkecai sama sekali.
2 orang awam yang sedang memandu, berdekatan bangunan berkenaan, turut cedera.
Manakala kenderaan mereka, turut rosak.
Mangsa yang cedera, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, PPUM.
Anggota polis, forensik, bomba dan pertahanan awam sedang memeriksa bangunan, jika terdapat mangsa yang tertimbus.
8 ambulans dari hospital berdekatan ditempatkan di kawasan kejadian.