Kuasa boleh dakwa atau tidak adalah sepenuhnya di tangan AG.
Kenapa besar sangat kuasa AG?
Kena tanya Perdana Menteri ke-4, Mahathir Mohamad yang telah meminda Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
…………….
Polis Perak telah menyerahkan semula kertas siasatan berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Hussain berkata kertas siasatan itu diserahkan pada Jumaat lepas.
“Insya-Allah keputusan akan dimaklumkan pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada 9 Ogos lepas, Razarudin berkata kertas siasatan itu dipulangkan semula buat kali kedua kepada pihaknya oleh Jabatan Peguam Negara untuk siasatan lebih terperinci supaya memberi keadilan terhadap kedua-dua pihak yang terlibat.
Pada 8 Julai, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya itu di Meru.
— BERNAMA