UMNO telah menamatkan penguasaan dalam Utusan Melayu (M) Berhad apabila melepaskan pegangan saham sebanyak 31.6 peratus dalam syarikat akhbar itu pada 8 Februari 2019.
Hari ini UTUSAN Melayu (M) Berhad berdepan risiko penutupan operasi sekiranya gagal menjual aset dalam tempoh beberapa minggu ini.
Saya ada seorang sahabat yang tidak pernah gagal membeli akhbar Utusan Malaysia setiap kali pergi membeli sarapan. Katanya itulah sekecil-kecil bantuan beliau untuk memastikan lidah rasmi parti keramat terus kekal berwadah.
Bagaimana dengan tiga juta ahli UMNO yang lain?
Ada juga kenalan berpendapat, ini mungkin kifarah buat pekerja dan petugas akhbar berkenaan yang mungkin tidak buat sehabis baik dalam berkarya untuk memastikan UMNO terus subur berkuasa.
Mungkin ada antara mereka yang mahu UMNO kalah dan dapat dihidu dengan gaya penulisan segelintir wartawan yang terus memburukkan UMNO setelah kalah dalam PRU ke-14.
Bagi saya, ini semua adalah ketentuan. Kita masih diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan dan perkukuh kekuatan.
Percaya pada ketentuan, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.
#BubarParlimen
#BalikAsal