Menurut Malayan Banking Berhad (Maybank):
Aplikasi perisian hasad (Malware) berfungsi melalui beberapa kaedah seperti berikut:
‘TAKTIK YANG DIGUNAKAN:’
Dihantar melalui aplikasi ‘chatting‘, pautan, lampiran e-mel dan lain-lain.Aplikasi malware akan meminta kebenaran menjadi aplikasi utama perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) anda.Jika anda klik “Allow” atau memberi kebenaran menjadi aplikasi utama, ia boleh mencuri maklumat SMS, TAC dan OTP anda serta mengakses akaun perbankan anda.‘TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL:’
Bagaimana jika aplikasi tersebut telah menjadi aplikasi utama SMS dan info perbankan telah dikompromi?
Padam aplikasi yang mencurigakanTukar kata laluan Maybank2u andaLaporkan transaksi yang mencurigakan kepada pihak Maybank di 03-58914744‘TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL:’
Bagaimana cara untuk mengelakkan dari memuat turun aplikasi malware untuk menjaga keselamatan butiran akaun perbankan anda?
Hanya muat turun aplikasi mudah alih dari sumber rasmi dan sahih (seperti App Store, Play Store dan lain-lain)Jangan benarkan aplikasi yang dimuat turun dari sumber yang tidak sahih menjadi aplikasi utama SMS anda kerana ia boleh mencuri maklumat melalui SMS anda.Jangan klik pautan yang mencurigakan dari pihak yang tidak dikenali.Sentiasa kemas kini anti-virus dan anti-malware anda kepada versi yang terkiniSUMBER:
Facebook Rasmi Maybank
MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI