PAS terkenal dengan perangai menggunakan ayat Al-Quran mengikut konsep untung dan rugi.
Sebab itu PAS guna ayat suci separuh-separuh yang mana hanya memberi untung kepada mereka.
2 baris ayat diatas ini adalah ungkapan Ustaz Kamal Saidin, Penasihat Agama Kepada Menteri Besar Terengganu.
Semasa Forum Isu Kalimah Allah dan Amanat Haji Hadi – Menyesatkan Ummah, Ustaz Kamal antara panelis yang dijemput.
Selain Ustaz Kamal, Dr Fadhlan Mohd Othman, Timbalan Rektor MEDIU dan Ustaz Ahmad Fauzan, Pengerusi ILMU turut sama sebagai panelis jemputan.
Forum berkenaan dimoderatorkan oleh Saudara Mohd Nazmi Rosli, Bekas Setiausaha PKR, dan berlangsung pada 20hb Januari 2013 sejurus selepas tamatnya Seminar Nusantara Islam Di Asia Tenggara – Cabaran Dan Harapan.
Aku cukup berbangga kerana diberikan peluang oleh pihak penganjur untuk turut sama berada didalam dewan forum dan mendengar segala pendedahan ini dengan telinga aku sendiri dan oleh kerana bukti videonya telah ada, maka eloklah aku kongsikan dengan korang semua.
Semasa forum berlangsung, Ustaz Kamal membuat pendedahan mengenai penipuan dalam isu mati syahid di Memali.
Ustaz Kamal telah membuka lagi satu penipuan yang mana ada dikalangan orang PAS mendakwa terdapat bau wangi di atas kubur orang yang mati selepas isu Tragedi Memali.
Video rakaman semasa forum dibawah mendedahkan segalanya !!!
Kini semuanya telah terbongkar.
Apakah kita boleh terima penipuan seperti ini.
Apakah penasihat agama bagi kerajaan Terengganu ini berbohong ???
Ataupun Haji Hadi kena beri sebab kenapa ianya berlaku pembohongan dari beliau ???
Bagaimana pula dengan Mat Sabu ???
Dengar dengan teliti dan jelas apakah ini kita mahukan dari seseorang yang bergelarULAMA ???
Aku rasa malu jika ianya satu pembohongan PAS yang selama ini mengutip wang hasil dari kematian ini kerana ianya seperti satu pengkhianatan bagi semua umat Islam di sini.
Subha’nallah………!!!!!!!!!!!!