Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
KDN mendapati pasukan itu menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.
Berikutan itu semua aset dan akaun yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan berkenaan disita dan serahkan kepada Jabatan Insolvensi.