SEJAK PAKATAN HARAPAN didalangi DAP memenangi PRU14 dan menubuhkan Kerajaan pada 9 dan 10 Mei 2018, Malaysia boleh dipertimbangkan untuk difatwa oleh para fukaha (pengkaji ilmu fekah) sebagai sedang pantas bergerak ke arah menjadi sebuah Darul Kufur (Negara Kafir).
Ini tidak dapat dielakkan kerana Kamus Thaqafa bagi daftar kata rujukan dalam pengkajian Tamadun Islam sudah menetapkan sedemikian.
Menurut Kamus berkenaan: Darul Kufur adalah mana-mana negara majoriti umat Islam yang tidak menerapkan Syariah Islam dalam segala aspek pentadbirannya; termasuk aspek terpenting Keselamatan dan Kedaulatan Negara.
Sebagai perbandingan, Kamus Thaqafa telah menetapkan definisi Darul Islam (Negara Islam) sebagai: suatu wilayah (negara) yang menerapkan hukum dan peraturan Syarie secara keseluruhan dalam pentadbirannya.
Definisi ini mengambil iktibar dari istilah perkataan Hijrah yang bermaksud berpindah dari tempat ke tempat; atau dari satu keadaan ke keadaan lain. Ini kemudian ditafsir dan ditetapkan oleh para fukaha sebagai ” keluar dari Darul Kufur menjadi Darul Islam”.
Tafsiran ini diperolehj dari fakta penghijarah Nabi Muhammad dari Darul Kufur Mekah ke Darul Islam Madinah.
Oleh Johari Ismail