Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di katakan menolak cadangan nama yang diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencalonkan mereka yang bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara.
Menurut portal The Malaysian Insight, Raja-Raja Melayu turut menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak cadangan nama tersebut.
“Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.
“Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.
Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan, 10 hari lalu.
https://pakdin.my/tag/peguam-negara
https://pakdin.my/tag/agong
https://pakdin.my/peguam-ching-peng-hendak-dilantik-sebagai-peguam-negara/
https://pakdin.my/10-sebab-kenapa-tommy-thomas-tidak-sesuai-dilantik-sebagai-peguam-negara-pegawai-eksekutif-iksim/