PARIT BUNTAR — Polis akan menyiasat klip video tular di Facebook sejak semalam yang menunjukkan seorang lelaki berkopiah dan berkain pelikat (dipercayai bukan Islam) membuat sembahan di tokong.
Dipercayai berlaku di perumahan di Tanjung Piandang dekat sini, klip selama 15 saat juga menunjukkan lelaki itu melutut sambil memegang colok, lapor Utusan Online.
“Kita telah pun menyerahkan kes itu kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” kata ketua polis Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob semalam.
Akhbar sama turut menyebut, satu aduan sudah dibuat ahli jawatankuasa masjid (AJK) Tanjung Piandang di balai polis di sana.