Menurut statistik rasmi Kerajaan Singapura, hutang luar negara Singapura pada akhir Feb 2017 adalah SGD1.744 trillion – iaitu kira-kira RM5.5 trilion – atau RM5,500 bilion.
Baru-baru ini, ada orang bimbang bahawa Hutang Luar Negara Malaysia menggunakan definisi antarabangsa yang sama seperti Singapura ialah RM908.7 bilion.
Hutang Luar Negara yang lebih tinggi tidak bermakna bahawa negara kita adalah dalam kesusahan. Malah, seperti dalam kes Singapura dan Malaysia, ia adalah satu perkara yang baik kerana ia adalah satu isyarat bagi pelaburan yang lebih tinggi dan deposit ke dalam Malaysia dan pasaran kewangan yang semakin meningkat.
Definisi Hutang Luar Negara sebenarnya sangat luas dan merangkumi kedua-dua sektor awam dan swasta, bon korporat yang diterbitkan oleh syarikat asing dan dilanggan oleh syarikat-syarikat asing, deposit warga asing kedalam akaun bank di Malaysia dan sebagainya..
Untuk rekod, Malaysia TIDAK BERHUTANG sesen pun daripada IMF atau Bank Dunia.
Baca artikel ini untuk memahami apa makna sebenarnya Hutang Luar Negara:
“Why does Singapore have such a high external debt of US$1.76 trillion?”
———–
“World’s top 20 nations with the highest external debt”