Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN.
Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi Sabah turun lagi ke 0.5%. Timbalan Presiden Warisan beri alasan tempoh 2 tahun adalah terlalu singkat untuk nilai prestasi kerajaan Warisan.
Tahun 2020: Presiden Warisan nafi ekonomi merudum dalam tempoh 2 tahun di bawah pentadbiran kerajaan Warisan. Jika ekonomi lembab pun, ianya adalah salah Covid.
Komen Najib:
1. Kadar pertumbuhan ekonomi turun dari 8.2% ke 1.5% dan turun lagi ke 0.5% itu pun tak kira merudum?
Atau 0.5% dan 1.5% adalah lebih tinggi berbanding 8.2%?
2. Tahun 2018 dan 2019 tak ada wabak Covid. Cuma ada wabak Gagalkrasi PH/Warisan.
3. Maksud Shafie ialah Timbalan Presiden dia menipu semasa dia beri pelbagai alasan kenapa ekonomi Sabah menjadi teruk di bawah pentadibiran Warisan?
Rujukan:
Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib
Ekonomi Sabah merosot di bawah pentadbiran PH