FGV tak pernah rugi sejak disenaraikan pada tahun 2012. Walaupun harga sawit jatuh dan fenomena El-Nino melanda selepas disenaraikan, FGV tetap tak rugi.
Pada tahun 2017, FGV mula pulih apabila keuntunggan hampir berganda kepada RM400 juta.
Tetapi selepas kerajaan PH mengambil alih, FGV rugi RM1 bilion untuk tahun 2018 – iaitu kali kerugian tahunan pertama sejak disenaraikan 7 tahun dahulu.
Setakat 9 bulan pertama tahun ini, FGV masih rugi RM318 juta.
Pendapatan tahunan FGV juga telah jatuh dari hampir RM17 bilion pada 2017 ke RM13.47 bilion untuk tahun lepas.
Pendapatan tahun 2019 ini dijangka tidak berubah berbanding tahun lepas.
Menjadi lebih sukar untuk memulih ke tahap bagi tahun-tahun sebelum tahun 2018 setelah FGV menjual aset-aset seperti FGV China dengan Trurich Resources di Indonesia.
FGV jual kepentingan dalam FGV China Oils RM100 juta
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/07/583873/fgv-jual-kepentingan-dalam-fgv-china-oils-rm100-juta
Transaksi jualan Trurich Resources bakal peroleh RM1 bilion – FGV
https://malaysiagazette.com/2019/05/29/penjualan-trurich-resources-dijangka-muktamad-september-ini-fgv/
FGV Tidak Pernah Mengalami Kerugian Walau Satu Tahun Sejak Penyenaraian
https://pakdin.my/fgv-tidak-pernah-mengalami-kerugian-walau-satu-tahun-sejak-penyenaraian/