Korang rindu zaman Tun Mahatir kan?
Hari ini baru korang tau macam mana rupa tanduk dia kan?
Masa zaman Tun M dulu korang kencing dalam lampin lagi. Kami ni merasa 22 tahun kezalimannya, berapa puluh orang pemimpin parti yang menentangnya ditangkap di bawah ISA.
Sebab itu pembangkang masa tu gelar dia MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN.
Hari ini korang dapat apa hasil usaha korang bantu dia tumbangkan BN/UMNO ?
PTPTN tak payah bayar?
Tol dah mansuh?
Korang dah dapat kerja bagus?
Dapat kerja tetap dan berpencen?
Dapat kenaikan gaji?
Mak bapak korang dapat harga sawit mahal?
Harga barang murah?
Kos sara hidup turun?
Ape pun tarak kan …
Sebab itu dengar cakap orang tua-tua berpesan, ‘dengar guruh di langit air di tempayan jangan dibuang’.
Kan mendapat hujan air kencing …
Lain kali hormati orang, dengar cakap dan nasihat orang yang lebih tua yang lebih dulu ‘makan garam’. Jangan ingat bila dah bergelar mahasiswa dan ada ijazah dah berlagak pandai, setakat ijazah paras hidung tok sah nak berlagak sangat la, lebih2 lagi yg setakat SPM, SRP, Darjah 6 tu tak yah la nak tunjuk lagak dan membodohkan orang. Diri sendiri pun tak terurus.
Harga petrol RON95 RM1.50?
Oleh Raggie Lee