JOHOR BAHRU: Murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disyaki dijangkiti influenza, meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi.
Bapanya, Muhammad Noor Ain, 38, yang berkongsi berita sedih itu, turut memohon orang ramai mendoakan supaya roh anak bongsunya itu ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.
“Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun,” katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada pemberita menerusi WhatsApp, sebentar tadi.
Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan malam ini.