Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.
Perjanjian penyelesaian yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.
Kalau niat utama kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi sedikit.
Tetapi niat kerajaan PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah dengan propaganda PH.
Sebab itu, kerajaan PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu walaupun ianya bermakna negara akan rugi.
Sebab itu juga, kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.
Jika perjanjian tak batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
Jika perjanjian batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan sebagai dana hilang dan haram.
Malah SPRM di bawah kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah 1MDB-IPIC.
Sebab itu juga, kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM93.5 bilion dengan negara jiran Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
13 Jan 2020: Indonesia, UAE meterai 11 janji niaga RM93.5 bilion
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/01/646300/indonesia-uae-meterai-11-janji-niaga-rm935-bilion
Dan kerana itu juga, Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.
Kerana apabila didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.
Dan dengan itu, Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.
Itu tak boleh!
Sebab itu, kerajaan PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Sebab itu, kerajaan PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu Dhabi melabur RM93.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
Negara kerugian besar tak apa.
Asalkan propaganda bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.
(Tonton video 11 Nov 2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun berani sangkal saya. Semua terdiam – termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan.: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/420165068519453/ )
………..
Hantaran Facebook 16 November 2018
Ketika saya membahas belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari Rabu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada di dewan.
Dia membisu sepanjang perbahasan saya. Mungkin saya fikir dia tiada apa hendak dikatakan. Baca dahulu.
Bukan dia sahaja. Sila perhatikan video ini.
Bila saya tiba bahagian di mana saya menyatakan fakta mengenai perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB dan bertanya PH, tiada seorang pun ahli parlimen mereka membuka mulut bagai ada emas di bibir.
Suara Jelutong pun tak kedengaran.
Apabila Najib sebut tentang isu 1MDB di Parlimen, mengapa semua pemimpin PH senyap? Ini tidak mungkin. Tetapi benar-benar berlaku.
Bagaimanapun, selepas dia keluar dari dewan Guan Eng kata saya dari planet lain mengenai isu perjanjian IPIC dengan 1MDB.
Baik. Kita balik ke planet Earth.
Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan ini:
1. Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH ? Jika ia prejudis, mengapa mereka boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu?
2. Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain?
Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC.
3. Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020?
4. Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini?
Di planet Earth, soalan-soalan ini bukan sukar untuk dijawab jika benar-benar mahu menegakkan keadilan.