KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
SPRM TERIMA ADUAN PEMILIKAN MERAGUKAN SEJUMLAH WANG TUNAI BEKAS MENTERI
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima aduan berhubung pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri seperti dilaporkan oleh media semalam.
Berdasarkan aduan itu, Suruhanjaya ini telah membuka satu Kertas Siasatan bagi menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut di bawah Akta SPRM 2009.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
31 MAC 2020
PUTRAJAYA