LEPAT ubi atau pisang barangkali sudah biasa kita makan sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa namun tak ramai yang terfikir untuk menggunakan jagung membuat lepat.
Berbeza dengan lepat yang lain, lepat jagung bukan sahaja mudah dibuat tapi tak perlu dikukus pun!
Bak kata Mas Cotek di Facebooknya yang berkongsi resepi ini, ‘senang bebenor’! Kalau ada jagung di rumah tu, apa lagi jom la buat.
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung jagung
2 sudu kecil tepung Hoen Kwe
3/4 cawan gula
5 1/2 cawan santan
1 cawan jagung (jagung dalam tin boleh juga digunakan)
3 sudu makan perasa jagung
1 sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan dan kacau sebati.
2. Masak adunan itu sehingga pekat dan berkilat menggunakan api kecil.
3. Cedokkan dua sudu adunan itu dan diletakkan di atas daun pisang dan bungkus ketika ia masih panas.
4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk dan sedia dihidangkan.
Sumber: Mas Cotek