CHE NAH ibu tunggal yang memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi. Che Nah adalah ikon melawan kemiskinan bandar!!!
Dulu berniaga bersama suami… selepas suami meninggal dunia beliau berdagang sendiri… gigih memasak dan menjual setiap hari.
Ramai lagi penjaja yang gigih berniaga, tapi tiada lesen, boleh mohon dengan DBKL, akan dipermudahkan, yang penting mahu berusaha…
Polisi kemanusian ini diterapkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan TS Annuar bagi menyemarakkan kempen perlawanan melawan miskin bandar.
Hari ini peniaga nasi tepi jalan, Che Nah secara spontan bersujud syukur menghargai pemberian lesen perniagaan sementara oleh Menteri WP, Tan Sri TPr Annuar Musa.
“Dalam tempoh sukar pandemik Covid-19 ni masa untuk kita mempermudahkan rakyat cari rezeki, bukan masa untuk menghukum…” -TSAM.
Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa