Sejak berita penangkapan ke atas Bendahari Armada dibuat pihak berkuasa, ketua penerangan Armada dilihat begitu gelisah dan mengeluarkan kenyataan mengatakan tangkapan ini bermotifkan politik bagi menutup mulut pemuda armada yang kononnya lantang menyerang PM.
Apa yang rakyat perlu tahu, sebenarnya kelantangan ini sengaja dibuat bagi mengalihkan pandangan berhubung isu lebih besar disebalik tangkapan ke atas Bendahari Armada.
Sedikit demi sedikit penyelewengan yang selama ini dilakukan oleh kumpulan ini mula terbongkar. Kenapa perlu Bendahari Armada mewujudkan satu akaun di bawah nama Armada Bumi Bersatu Enterprise? Dari mana sumber kemasukan duit ke dalam akaun tersebut? Siapa yang mengawal dan membelanjakan wang tersebut? Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan yang telah digunakan? Ini merupakan soalan-soalan yang cukup merungsingkan puak-puak yang selama ini berlindung di balik watak suci dan murni.
Cerita ini tidak habis setakat itu saja, bila pihak berkuasa masuk pula ke YPC (Youth Power Club) maka kerisauan bertukar menjadi panik dan ketakutan. Mulalah keluar statement si ketua penerangan yang mengatakan lama ahli armada hilang. Hilang ke mana? Kalau diculik buat laporan polis?
Berbalik kepada cerita YPC, khabarnya si bekas menteri dan kuncu-kuncu benar-benar takut bila pihak berkuasa masuk. Manakan tidak, cerita penyelewengan ini menjadi semakin besar bila dijumpai RM400,000 dalam almari rumah Bendahari YPC. Soalan-soalan sama yang ditanya berhubung akaun YPC: siapa yang mengawal akaun ini? Dari mana sumber kewangannya? Belanja untuk apa?
Akhirnya terbongkar rupa-rupanya penyelewengan akaun YPC ini jauh lebih besar. Duit peruntukan KBS dimasukkan dalam YPC, kemudian diselewengkan untuk kegunaan peribadi puak-puak berkenaan. Termasuk mengadakan private parti disana disini.. Kita tunggu pendedahan lanjut. Bagi puak-puak armada yang sedang melalak ketakutan eloklah duduk diam-diam macam bekas menteri tu.
Sumber : https://www.instagram.com/p/CBC8k7nMUdd/?igshid=10kjjzmzw09ql
https://pakdin.my/tag/syed-saddiq
SPRM siasat aduan pemilikan meragukan sejumlah besar wang Syed Saddiq