POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin sebuah parti politik susulan tular akuan bersumpah dibuat seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 melakukan perbuatan itu.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung isu itu semalam.
“Kita sudah menerima laporan itu semalam dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas kepada Harian Metro ketika dihubungi.
Terdahulu tular di media sosial satu akuan bersumpah bertarikh 29 Jun lalu dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian itu berlaku pada 2013 di sebuah hotel di Subang.
BACA SINI: Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar [https://pakdin.my/video-dan-sd-hubungan-semburit-anwar-ibrahim-dan-aidil-azim-raja-goyang-terbongkar/]
Dalam akuan bersumpah itu, dia mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan terbabit dan sebaik selesai dia dibayar RM300.
Malah individu terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu bersama pemimpin politik terbabit sebanyak empat kali di beberapa hotel dengan bayaran RM300 setiap kali melakukannya.
Selain itu, pemimpin politik terbabit turut dikaitkan dengan seorang lagi kenalan individu yang membuat akuan bersumpah apabila mendakwa turut melakukan perbuatan itu.