Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan agar kekal dengan pendirian Ketua Menteri dari UMNO.
Manurut sumber, Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan cara pengendalian rundingan oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ahmad Zahid yang di dalam kuarantin wajib dikatakan telah menyatakan kekecewaan ini kepada Presiden PBBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.
UMNO Sabah sebelum ini melepaskan banyak kerusi yang dimenangi dalam PRU lepas kepada Bersatu sebagai sebahagian rundingan akan memperolehi jawatan Ketua Menteri jika Gabungan Rakyat Sabah menang.
Sumber juga mendakwa Ahmad Zahid juga kecewa dengan cara PBBM meletak calon-calon bebas di 6 kawasan bagi mengalahkan calon BN. – SuaraTV