Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di dalam Muafakat Nasional (MN) agar tidak mengkhianati parti itu.

“Pesan dengan mereka (PAS) juga jangan khianati UMNO,” tulis Zahid.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab komen yang diberikan oleh salah seorang pengikutnya di laman Facebook sebenar tadi.

Terdahulu seorang pelayar Facebook memberikan pesanan kepada Zahid agar jangan khianati PAS sambil menegaskan parti itu tidak akan mungkir janji.

Kenyataan Zahid tersebut adalah berkemungkinan mempersoalkan tindakan PAS yang tetap menyertai menyertai Perikatan Nasional (PN) walaupun sudah bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Takiyuddin berkata sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 September 2019.

“Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

“Sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai satu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS mahu mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada UMNO atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak UMNO untuk menghayati hasrat dan iltizam yang disepakati secara bersama.

Kenyataan Takiyuddin menyusul selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO membuat kenyataan itu pada Rabu, iaitu hari sama Anwar mengumumkan bahawa beliau mempunyai majoriti kerusi yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati pendirian yang diambil oleh Ahli Parlimen daripada UMNO itu, manakala UMNO dan BN tidak boleh menghalang mereka daripada menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Saya mengikuti sidang media oleh Anwar. Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN adalah sokongan daripada Ahli Parlimen sahaja,” kata Ahmad Zahid.

Setakat ini, beberapa Ahli Parlimen UMNO tampil menafikan mereka menyertai kumpulan Anwar untuk menubuhkan kerajaan.

Oleh kerana kuarantin, saya memantau dari rumah segala perkembangan terbaharu mengenai hari mengundi PRN Sabah.

#radutatapradu
#radusampaimenang

Posted by Zahid Hamidi on Friday, 25 September 2020

Berkaitan:
Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber
https://pakdin.my/zahid-hamidi-rasa-umno-dikhianati-sumber/

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...