KLANG – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul dan mengugut untuk menyebarkan video lucah teman wanitanya yang dikenali menerusi Instagram.
Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam di Jalan Kapar, Klang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berkenalan dengan suspek ketika berada di rumah neneknya di Klang pada Mei 2021.
Menurutnya, mangsa mula menjalinkan hubungan sehingga 9 Februari lalu dan sepanjang tempoh itu mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan berbogel.
“Mangsa juga mendakwa suspek sering menyentuh badannya setiap kali bertemu.
“Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa mahu memutuskan hubungan mereka, namun dihalang oleh suspek dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa,” katanya.
Katanya, suspek direman sehingga 16 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
BACA juga: