- Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri.
- Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini.
- Laporan polis dibuat oleh Seorang individu mengenai tularnya satu laman facebook yang dipercayai suami kepada Ketua Hakim Negara.
Antara yang panas hari ini:
1) Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan.
Beliau sebelum itu sekali lagi merayu supaya diberikan masa yang wajar untuk mengkaji dan melakukan persiapan sebelum mengemukakan hujahan rayuan.
“Ini akan menyedihkan buat saya kerana saya tidak pernah melakukan perkara ini sepanjang 45 tahun berkhidmat sebagai peguam,” katanya.
Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum ini yang menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding itu.
2) Laporan polis dibuat oleh Seorang individu mengenai tularnya satu laman facebook yang dipercayai suami kepada Ketua Hakim Negara yang telah mengulas mengenai Kes Membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
P/s – segala komen yang boleh menyerang dan memperlekehkan institusi kehakiman akan saya padam dan sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya adalah di luar kawalan saya.