Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini.
Norraniza Muhamad Puslam, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada pukul 4.45 petang, 20 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Illya Shahar memohon jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya berpendapatan sederhana, mengandung dan mempunyai dua anak berusia 5 dan 2 tahun, selain masih menanggung kedua ibu bapa dan seorang adik yang masih belajar di pusat pengajian tinggi.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan Norraniza diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 10 Feb depan sebutan semula kes.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang apabila suspek yang memakai jubah masuk ke kedai itu dan berpura-pura ingin membeli emas.
BACA seterusnya di: https://t.co/y7nHNRi5bE
……………… pic.twitter.com/9oioNpkhI8— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) December 23, 2022