MUALIM: Seorang pelajar wanita Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini petang semalam.
Kejadian melibatkan mangsa, M Yoogavani, 20, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara empat lagi rakannya cedera.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.55 petang.
Katanya siasatan awal mendapati semua mangsa wanita itu dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak ke universiti terbabit di Tanjung Malim.
“Kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pokok.
“Mayat mangsa yang berasal dari Sungai Jawi, Pulau Pinang dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk tindakan selanjutnya.
“Empat penumpang lain mengalami kecederaan dan turut dihantar ke HSR,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Mangsa bersama-sama empat lagi rakannya yang juga pelajar UPSI sedang dalam perjalanan dari Batu Gajah menghala ke UPSI, Tanjung Malim.
BACA seterusnya di https://t.co/dd9jZ07pW6
……… pic.twitter.com/OjuKPNHmUT— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 14, 2023