PUTRAJAYA: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menanam janin hasil hubungan terlarang bersama kekasihnya di kawasan Taman Tasik Puchong, Selangor.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Shan Gopal Krishnan, berkata polis menerima laporan dari pihak Hospital Cyberjaya pada jam 2.30 petang Rabu lalu yang memaklumkan seorang wanita berusia 19 tahun mengalami keguguran.
Katanya, kira-kira lima jam susulan laporan itu polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bekerja sebagai mekanik yang jugan teman lelaki kepada wanita berkenaan.
Katanya, hasil siasatan mendapati wanita terbabit mengalami keguguran selepas memakan pil diberikan oleh teman lelakinya.
“Polis turut merampas sebatang cangkul yang digunakan suspek untuk menanam janin berkenaan,” katanya melalui satu kenyataan.
Shan Gopal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi serta tidak berkongsi berita tidak benar berkaitan kejadian itu,” katanya.
VIDEO berkaitan:
BACA juga: