Kurang seminggu menuju pengundian, pembangkang terus dilanda gelombang keluar parti di kalangan ahlinya.
Di Pulau Pinang sahaja, hampir 2000 ahli parti pembangkang khususnya dari PKR, ucap selamat tinggal.
Lebih perit majoritinya datang dari Permatang Pauh.
Pada majlis khas di Seberang Jaya petang tadi, 1200 ahli parti itu berbuat demikian.
Kebanyakan yang hadir mengaku memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar kerana percaya dengan janjinya untuk menolong kaum india.
Namun selepas lima tahun, dakwa mereka janji hanya tinggal janji walaupun PKR membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mereka mendakwa pemimpin pembangkang itu hanya bermain politik dan mengabaikan kebajikan, khususnya masyarakat india.
Serentak dengan itu sokongan pada PRU ini dialihkan kepada BN.