Seorang penuntut sebuah kolej swasta di ibunegara mati selepas terjatuh dari tempat letak kereta di tingkat atas sebuah pusat beli-belah di george town, pulau pinang malam tadi.
Mangsa, liew jing harn berusia awal 20-an adalah penuntut sebuah kolej swasta di ibu negara.
Sebelum kejadian, harn berjumpa dengan ibunya yang bekerja di pusat beli-belah berkenaan dan meminta maaf;
Dan dilaporkan terjatuh dari tempat letak kereta jam 10 malam tadi.
Harn kini sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat elektrik di pulau pinang.
Mayat dihantar ke hospital pulau pinang untuk bedah siasat.
Sementara itu, timbalan ketua polis daerah timur laut, supritenden ismail idris yang dihubungi mengesahkan kejadian ini.
Empat hari lalu, mangsa cuba bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya.
Dia bertindak begitu kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan.
Harn sempat diselamatkan ibunya.