LLM turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan larangan bagi kenderaan berat menggunakan lebuh raya sempena kemuncak sambutan tahun baharu cina pada 8 dan 9 Februari ini.
Langkah itu bagi mengelak kesesakan ketika ramai warga kota yang masih bercuti pada hujung minggu.
Larangan itu meliputi kenderaan berat dalam kategori satu, dua dan tiga sahaja.
Kategori satu termasuk lori yang membawa bahan binaan.
Kategori dua pula membabitkan lori kargo membawa barang elektronik dan kategori tiga adalah kren bergerak.
Namun, bagi kenderaan berat kategori empat, ia masih dibenarkan melalui lebuh raya.
Ketegori itu meliputi lori kargo yang membawa barangan keperluan harian.