Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman denda RM2,000 yang dihadapi oleh seorang wanita kerana menumbuk, menampar muka dan membaling serbuk cili ke mata suaminya, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian di kamar hakim selepas membenarkan rayuan ahli perniagaan, Rasidah Rahmatullah, 41.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rasidah memberitahu para pemberita, mahkamah berpendapat Mahkamah Majistret Petaling Jaya terkhilaf ketika mensabitkan hukuman itu dengan hukuman maksimum.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap suaminya yang juga seorang Pegawai Tadbir Diplomatik sebuah jabatan kerajaan, Mohamed Nasser Abdul Razak, 44 di kediaman mereka di nombor 51, Jalan USJ 1/4F, Subang Jaya dekat sini, pukul 3 petang, 19 April 2010.
Didenda Kerana Tumbuk dan Tampar Bekas Suami
16 Aug 2012
Padah cederakan bekas suami, seorang ahli perniagaan didenda dua ribu ringgit.
Rashidah Rahmatullah, 39 tahun didakwa menumbuk dan menampar muka Mohamed Nasir Abdul Razak.
Tertuduh turut bertindak melempar serbuk cili ke muka mangsa.
Kejadian berlaku di kediaman mereka di Subang Jaya – 19 April 2010.
Rashidah bertindak demikian kerana berang suaminya keluar rumah tanpa memaklumkannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum dua ribu ringgit.
Rashidah bagaimanapun akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.