Petaling Jaya: Polis mengesahkan pihaknya ada menyita telefon bimbit kepunyaan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya telah menyita telefon bimbit milik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu untuk tujuan siasatan.
“Kita hanya sita telefon bimbit dia (Tian Chua) untuk siasatan,” katanya.
Bagaimanapun Khairi belum mendedahkan tujuan siasatan itu.
Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Sementara itu Tian Chua dalam laman Twitternya berkata ketika sedang bertemu dengan rakannya di sebuah hotel beliau telah didatangi oleh pasukan polis yang memakai pakaian preman dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum bertindak merampas telefon bimbitnya.
“As i was meeting a friend in Armada Hotel, at about 7.30pm a group of plain clothed policemen approached and seized my handphone by force”, menurut kenytaan Twitternya.
As i was meeting a friend in Armada Hotel, at about 7:30pm a group of plain clothed policemen approached & seized my handphone by force.
— Tian Chua (@tianchua) April 14, 2014