Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 5 Oktober ini, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada Rabu malam.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 September 2014 Masehi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri diseluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Oktober 2014,” katanya.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).