Polis dapat menangkap seorang lelaki kerana cuba melakukan perbuatan khianat dengan api dipercayai membaling bom petrol ke atas bumbung Surau Assyakirin, Taman Jati Rawang tengahari tadi.
Khalid Abu Bakar IGPKetua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi mengesahkan lelaki itu berjaya ditangkap Unit Forensik PDRM. .
Difahamkan kejadian tersebut berlaku dua kali sejak semalam apabila seorang lelaki dikatakan melempar bom petrol di atas bumbung surau jam 2.45 pagi semalam.
Bagaimanapun. kejadian disedari jemaah yang masih berada di surau berkenaan menyebabkan lelaki itu melarikan diri menunggang sebuah motoiskal.
Polis menghantar anggota dari unit forensik Bukit Aman untuk menyiasat perkara ini.