Sejak tengah hari kelmarin, banyak pesanan peribadi melalui Facebook bertanyakan tentang pendapat saya mengenai penggantungan enam akaun dan apa yang bakal terjadi kepada PM Najib.
Saya telah mengikuti perkembangannya dan kini saya mempunyai masa untuk memahami dengan lebih lanjut lagi berkenaan dokumen dan pembangunan hari ini.
Ini merupakan komen saya:
1) Adakah anda pasti dokumen WSJ telah diperakui kesahihannya daripada pihak berkuasa? Tiada siapa mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan dokumen tersebut adalah tulen dan telah disahkan.
Bagaimanapun, dokumen tersebut masih belum disahkan sumbernya.
2) Dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh WSJ tersebut menunjukkan bahawa ketiga-tiga akaun yang didakwa atas nama PM Najib tidak dikawal oleh PM sendiri tetapi dikawal oleh Nik Faisal melalui kuasa peguam.
Mengapa PM membenarkan orang lain mengawal akaunnya yang didakwa bernilai berbillion-billion tersebut?
3) Di bawah peraturan parti UMNO, Presiden dibenarkan untuk memegang dana parti yang diamanahkan kepadanya– amalan yang sama seperti zaman Tun M dahulu.
Sebelum ini UMNO dipercayai merupakan parti yang kaya dan memiliki banyak syarikat seperti Fleet Group, Renong, UEM, Media Prima, Peremba Group, Utusan, KUB dan lain-lain.
Namun, ke mana perginya wang-wang tersebut?
4) Wang yang didakwa dipindahkan daripada 100% MOF adalah milik SRC International bagi menjalankan aktiviti CSR. Oleh itu, jika ahli lembaga telah memberi kebenaran kepada SRC International untuk memperuntukkan dana bagi CSR maka pengagihan wang kepada Ihsan Perdana bukanlah sesuatu yang salah.
Kebanyakan 100% MOF dimiliki oleh syarikat-syarikat lain seperti Khaznah, Petronas, 1MDB juga turut melakukan CSR.
Jumlah CSR yang telah dilakukan oleh SRC nampaknya hampir 1% (RM40 juta) daripada RM4 billion dana. Ini merupakan jumlah yang munasabah.
Walaupun pada minggu yang lalu Ihsan Perdana telah menafikan bahawa dana tersebut telah dipindahkan ke PM atau mana-mana individu, jika dana Ihsan Perdana telah dipindahkan ke atas nama PM ( yang dikawal oleh orang lain), ianya penting untuk mengetahui bahawa adakah dana yang diberikan tersebut telah digunakan atau dibelanjakan untuk aktiviti CSR.
5) Sumber wang yang bernilai USD700 juta (RM2.6 billion) masih belum diketahui dan masih belum didedahkan dalam dokumen WSJ.
Laporan Sarawak dan WSJ mencadangkan bahawa dana yang diperolehi daripada bon 1MDB-GIL USD3 billion dibangkitkan pada Mei 2013. Bagaimanapun, setakat ini, PAC atau kedua-dua juruaudit bebas antarabangsa tidak menjumpai apa-apa bukti atau wang yang diragukan berkenaan kehilangan dana GIL.
Walaupun ahli PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas yang menghadiri PAC mendapati laporan WSJ sukar dipercayai dan berkata “PAC tidak menerima sebarang laporan penjejakan wang 1MDB yang melibatkan jumlah yang besar.
Tujuan utama dana GIL ialah sepatutnya disalurkan ke ADMIC JV bersama Aabar. Dana yang diperuntukkan ini juga termasuk di dalam USD4.5 billion penukaran asset antara kerajaan Abu Dhabi IPIC dan 1MDB yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 billion.
IPIC telah mengumumkannya kepada Bursa Saham London beberapa minggu yang lalu.
6) Penggunaan dana RM2.6 billion ini masih tidak diketahui.
Jika ianya dibelanjakan untuk yayasan, YAYASAN, CSR dan pilihan raya, masih ada lagikah baki wang tersebut, (jika ada berapa lagi baki yang tinggal) seterusnya adakah ianya dipindahkan semula ke akaun UMNO yang lain?
Tetapi satu hal yang jelas disini ialah akaun-akaun ini juga dikawal oleh orang lain dibawah kuasa peguam dan bukan semata-mata oleh PM Najib.
Sudah tentu ramai orang berfikir bahawa ianya tidak logiknya sama sekali, sekiranya beliau ingin menggelapkan wang tersebut, sudah tentu wang tersebut telah selamat didalam akaun luar pesisir di luar negara berbanding menggunakan namanya sendiri di Malaysia.
7) Penggantungan akaun merupakan perkara yang biasa dilakukan dalam penyiasatan. Jika ianya tidak digantung bagaimana penyiasatan dapat dijalankan?
Penggantungan ini tidak bermakna individu tersebut bersalah sama sekali.
Malah, kini sudah jelas bahawa dibawah pemerintahan PM Najib, semua dakwaan disiasat secara adil dan saksama daripada merahsiakannya seperti PM yang memerintah selama 22 tahun yang lalu dimana beliau tidak pernah menyiasat walaupun banyak tuduhan dilemparkan kepadanya.
8) Adakah anda pasti mana-mana daripada keenam-enam akaun yang digantung tersebut adalah milik Najib? Tiada pengesahan rasmi berkenaan hal ini walaupun MKini melaporkannya.
Bagaimanapun, saya mendengar sebaliknya.
Lagipun, kini WSJ mengatakan bahawa akaun yang digantung tersebut mungkin bukan milik Najib. Jadi, akaun milik siapakah yang telah digantung?
Citing source, WSJ said bank accounts frozen in 1MDB-Najib probe different from report
Kedudukan PM Najib
Adapun Najib masih berkuasa walaupun beliau masih belum didapati bersalah atas apa-apa tuduhan?
Jangan menganggap dengan mudah bahawa beliau akan berundur dengan begitu cepat. Ianya masih jauh lagi daripada kesimpulan.
Ekoran daripada PRU14 yang telah bertahun tiada dan pilihan raya untuk parti UMNO ditunda selepas PRU14, terdapat tiga cara untuk menyingkirkan Najib daripada menjadi PM kini adalah:
1) Dua pertiga daripada Majlis Tertinggi UMNO mendesak supaya diadakan EGM untuk menyingkirkan Presiden.
• Hal ini tidak mungkin berlaku kerana dua pertiga ahli masih menyokong kuat PM Najib dan akan terus menyokong beliau sebagai presiden parti dan PM
• Tambahan pula, ramai ahli UMNO kini marah akan Tun M kerana mengganggu dan cuba untuk mendedahkan dana pembiayaan BN dan juga pada pendapat mereka, ianya telah mempersoalkan kepentingan UMNO-BN kononya telah bekerjasama dengan musuh dalaman mereka seperti ANAK Felda atau PAS dan musuh-musuh luar seperti WSJ, NYT dan Laporan Sarawak.
2) Undi tidak percaya di Parlimen atau pemecatan
• Tidak mungkin kerana PM mungkin akan mengancam untuk membubarkan parlimen dengan segera yang akan menakutkan ahli parlimen BN. Oleh itu, 134 ahli parlimen BN tidak akan mengundi bagi cadangan ini kerana mereka mahu terus kekal berkuasa dan mereka takut akan kalah dalam pilihanraya.
• Memandangkan DAP mahu menjalankan pilihan raya awal, namun ahli parlimen BN akan terus menentang langkah ini dan tidak akan menurut kemahuan DAP.
3) Timbalan Perdana Menteri berunding dengan Yang diPertuan Agong bersama-sama Peguam Negara untuk mengesyorkan penggantungan atau pemecatan Najib.
• Ini merupakan keadaan yang mungkin akan berlaku, Peguam Negara akan menentukan sama ada terdapat kes untuk mendakwa Najib.
• Timbalan Perdana Menteri mahu menjalankan langkah ini kerana beliau percaya beliau akan mendapat sokongan penuh daripada Majlis Tertinggi UMNO untuk berbuat demikian.
• Jika beliau tidak mempunyai sokongan tersebut, Majlis Tertinggi mungkin akan menjadikan Muhyiddin sepopular Zahid Hamidi.
Dakwaan skandal semata-mata tidak menggugat kedudukan PM di Malaysia sebelum ini.
Kegagalan yang disembunyikan di dalam sistem oleh Tun M selama 22 tahun adalah sangat efektif.
Terima kasih Tun.
Jika pelbagai siasatan terhadap 1MDB dan dakwaan terhadap aliran wang ini akan membersihkan nama Najib beliau akan menyaman musuhnya, Najib boleh muncul lebih kuat daripada sebelum ini.
Kita lihat.
Tiga tahun merupakan masa yang lama untuk PRU14.
Masih ingat lagi pada tahun 1987, pasukan A menentang pasukan B berpecah dalam UMNO dan berkenaan pilihan raya 2 tahun selepas itu, ramai yang menyangka BN akan kalah?
Akhirnya BN menang pada tahun 1999 dengan 2 pertiga majority.
Malah ketika PRU14 pada tahun 2014, 52% daripada rakyat (lebih daripada 47%) juga yakin bahawa BN akan kalah.
Tetapi keputusan akhir tidak begitu tipis. BN mengakhiri dengan kemenangan sebanyak 133 kerusi melawan 89 kerusi.
Dan Pakatan berakhir sementara UMNO telah membuktikan bahawa hubungan dengan PAS hanya akan membantu menguatkan UMNO dan BN.
Kebetulan, Penghasut Malaysia banyak mencadangkan bahawa kecenderungan pembangkang untuk memusnahkan diri sendiri telah membantu Najib untuk kekal berkuasa secara tidak langsung dan membantu beliau menyambung kuasanya dalam PRU14.
Oleh itu, permainan baru sahaja bermula.
Pada masa itu, PM Najib nampaknya tidak berada dalam keadaan bahaya daripada disingkirkan lagi.