Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam tindakan pengguna-penguna media sosial yang menggunakan isu pergaduhan di Plaza Low Yat kelmarin untuk menyebarkan berita palsu dan mencetuskan ketegangan kaum.
Menurut Perdana Menteri, insiden berkenaan merupakan perbuatan jenayah yang tidak boleh dianggap sebagai masalah antara kaum di negara ini.
“Perkara ini kita serahkan kepada pihak polis, siasatan yang rapi perlu dilakukan, mana-mana pihak langgar undang-undang perlu dikenakan tindakan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada golongan gelandangan dalam Program Nur Ramadan di sini hari ini.