Kira-kira 300 penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa Jalan Jelatek di sini hari ini berhadapan detik mencemaskan selepas terlihat asap tebal daripada bahagian bawah gerabak kereta api itu.
Menurut jurucakap Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, anggota dan pegawai tiba di lokasi pada pukul 8.38 pagi selepas menerima panggilan kecemasa kira-kira pukul 8 pagi.
Katanya, kebakaran tersebut berpunca daripada masalah brek.