Bukit Beruntung: Mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui dalam sebuah bangunan kosong di Jalan Seroja 4B/2, Bukit Sentosa di sini petang semalam.
Mayat yang mula mereput itu ditemui seorang pengusaha makanan ikan kira-kira 5.45 petang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, polis belum mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan masih dalam siasatan.
“Ketika ditemui mayat dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.
“Namun mayat tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.