Tindakan Nurul Izzah dan ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kedudukan sebagai ahli parlimen membangkitkan soalan berkaitan layanan perubatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh memanaskan suasana Dewan Rakyat, pagi Isnin.
Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai dan Permatang Pauh itu nyata tidak puas hati dengan jawapan diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad sehingga berlaku pertikaman lidah antara mereka.
Menurut Nur Jazlan, bekas ketua pembangkang itu diberikan tiga kumpulan ortopedik termasuk dipilih sendirinya keluarga dan turut diakui Anwar mendapat layanan lebih baik berbanding banduan lain.
Katanya, sepanjang 38 minggu di penjara, Anwar sudah menjalalani 83 kali pemeriksaan perubatan dan 10 kali rtawatan fisio.
Nurul Izzah menuntut bapanya diberikan rawatan 3 hari seminggu manakala Wan Azizah mahu Anwar di tempatkan di hospital untuk rawatan berterusan.
Anwar dihukum lima tahun penjara dan mula menjalani hukuman penjara mulai 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat.
Ikuti video perbahasan mengenai isu rawatan Anwar ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Isnin.