Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malayia yang dikasihi,
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6 bilion supaya rakyat dapat memiliki rumah PPR dengan harga RM35,000 di Semenanjung dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM80,000 sehingga RM120,000 subsidi telah disalurkan Kerajaan untuk setiap unit PPR.
Projek rumah mampu milik ini merupakan salah satu kejayaan terbesar Kerajaan kerana berjaya menyiapkan 83,759 unit rumah melalui 120 projek PPR untuk golongan yang memerlukan.
Terdapat banyak projek PPR yang permohonannya bakal dibuka seperi PPR Kepong, PPR Mukim Naga di Kubang Pasu, PPR Kota Bharu di Kelantan, PPR Kampung Tok Suboh di Pulau Pinang. Sementara PPR Machang di Kelantan sudah dibuka untuk permohonan.
Kerajaan menggalakkan rakyat agar memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana kita memahami yang perumahan mampu milik juga adalah hak rakyat.
Semua projek unit perumahan ini walaupun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, namun kualitinya menyamai rumah yang dibina oleh pemaju swasta.
Untuk rumah bertingkat, setiap unit rumah dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur untuk keselesaan ahli keluarga tersayang.
Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji untuk menyediakan keperluan untuk rakyat. Berbeza dengan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah Kerajaan negeri.
Di Selangor, sembilan projek Selangorku dibatalkan. Manakala di Pulau Pinang walaupun selepas sembilan tahun, kerajaan negeri masih gagal menyerahkan kunci rumah mampu milik kepada rakyat.
Sekian sahaja dari saya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-perdana-menteri-mengenai-program-perumahan-rakyat/